Olyn pun sama amalkan diet atkins & control 1200 kalori perday. Untuk shaping pula olyn pakai Premium Beautiful corset untuk bantu increase metabolisme & detox. So bila berdiet, berat turun & shaping jg cantik.
Diet Atkins mula popular di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Ramai yang cuba mengamalkannya dan ramai juga yang berputus asa separuh jalan dengan diet Atkins kerana tidak tahan dengan peraturan yang ditetapkan. Salah satu sebab mengapa ramai yang mengalah dengan diet Atkins adalah kerana mereka lakukan dengan cara ikut-ikutan, bukannya dengan ilmu sebenar tentang diet Atkins.
Bagi anda yang belum tahu, diet Atkins terdiri daripada beberapa fasa iaitu fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4. Secara umumnya, fasa yang paling ‘sukar’ adalah fasa 1 atau juga dikenali sebagai fasa ‘induction’. Pada fasa ini anda hanya boleh mengambil purata gula dalam sehari sebanyak 20 gram sahaja. Dan gula ini bukannya diperolehi daripada gula tambahan tetapi gula yang terdapat dalam makanan yang boleh dimakan semasa diet Atkins.
Untuk memberikan menu diet atkins secara spesifik mungkin agak kurang praktikal kerana ianya bergantung kepada kreativiti anda. Apa yang lebih penting adalah anda tahu apa jenis makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan mengikut cara diet atkins Malaysia.
Menu Diet Untuk Kurus
Artikel ini akan lebih spesifik untuk fasa 1 kerana semasa fasa inilah berat badan anda akan menurun dengan cepat sekiranya mengikut diet Atkins yang betul.
Makanan yang boleh dimakan semasa fasa 1:
- Tidak kira anda nak masak stim, panggang, bakar, atau goreng.
- Tidak kira anda nak masak goreng atau panggang
- Semua jenis ikan dan semua jenis masakan.
- Sayur hijau sahaja. Sayur dengan warna lain jangan makan dahulu semasa fasa 1
- Boleh dimasak pelbagai cara.
- Air Masak. Jangan minum air bergula.
- Keju
Semua makanan ini boleh dimasak mengikut kreativiti anda tetapi pastikan tiada tambahan gula, kicap, tepung dan madu.
Selain dari makanan yang tersebut seperti nasi, mee, spageti, roti, buah-buahan dan lain-lain adalah dilarang sama sekali semasa fasa 1. Ini adalah penting untuk memastikan anda dapat menurunkan berat badan anda dengan diet Atkins.
Menu Makanan Diet Atkins Fasa 1
STAY UPDATE!
Menu Diet Atkins Untuk Seminggu
Dapatkan update-update terkini terus melalui inbox email anda setiap minggu.